Visualize cara bersalin tenang


Bersalin bagi ramai wanita perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah pengalaman 'sakit' yang buat wanita tidak tenang. Seluruh badan daripada kepala hingga ke kaki merasai sakit sebagai perkara yang tidak menyenangkan.

Memori sakit tersimpan rapi dalam fikiran sedar, Bila sebut sakit, risau dan takut datang.

Ketahuilah ibu-ibu elak memikirkan bersalin sebagai sakit.

Pengalaman kakSar untuk kali ke empat bersalin sangat unik. Badan kita sebenarnya sangat unik.

Kuncinya, ibu-ibu kena tenang.

Pengalaman bersalin kali ni kakSar hadapi dengan tenang. Bersalin pula tidak disangka sebulan lebih awal daripada waktu due.  Tiga puluh enam minggu satu hari. Langsung ditahan di wad selama lima hari. Hikmahnya Allah nak KakSar rehat dengan baik di Hospital sungguh-sungguh sebab di rumah dah pantang sendiri pasti tidak dapat berehat lagi seperti di hospital.

Sepanjang tempoh mengandung, kakSar cuma fikirkan dan bayangkan bagaimana keadaan kakSar akan bersalin nanti. Menggunakan video yang pernah kakSar tengok dulu kakSar bayangkan baby akan cari jalan keluar, contraction yang kakSar rasa sebagai tekanan untuk keluarkan baby dan badan sendiri akan berfungsi dengan baik ketika bersalin. Maka, sebagai persiapan, kakSar amalkan set hamil shaklee untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Usaha kena daripada awal.

Kali ni kakSar tolak bila doktor beri pilihan untuk induce. Rupanya sakit bersalin semula jadi lebih tenang dan lebih baik rasa contractionnya berbanding induce. Untuk pastikan kakSar tenang melayan contraction, kakSar ambil b compleks dan ostematrix beberapa kali sejak air ketuban mula leaking sehingga selepas bersalin.

Kali ni kakSar berjaya bersalin secara normal Spontaneous Vaginal Delivery with intact perinium. Maknanya takde luka koyakan. Ni hasil amalan makan protein esp dan megadose vitamin C sepanjang pregnancy dan amalan urut perinium dan kakSar yakin pertolongan Allah jua.

Betul-betul pengalaman yang amat berbeza.

Kali ni kali kedua kakSar cakap dengan diri sendiri apa badan kakSar kena buat. Bermula air ketuban leaking, bila sampai di hospital dan bukaan telah kakSar tahu yang waktu tu cuma 2 cm pada jam 8.00 pagi, kakSar beritahu kepada diri sendiri, pukul dua nanti bukaan jadi 4 cm. Kena cakap dengan yakin.


Sepanjang masa daripada jam 8.00 pagi tu, contraction makin panjang dan makin kuat. Cara bernafas kakSar dah amalkan sebelum ni. Tarik nafas sebagai ri, hembus nafas sebagai laks. KAlau gabung ia akan jadi rileks. Satu teknik kakSar kutip daripada Hypno birthing.

Cek jalan jam 2.30 petang bukaan jadi 4 cm dan kakSar di tolak ke labour room. Senyum kakSar. Masih tenang hadapi bersalin yang tak disangka2 ni.

Sampai di labour room, siap imbas balik bilik bersalin dulu-dulu. masih belum berubah cuma alatan komputer canggih menghiasi bilik. KakSar cari objek untuk bantu membayangkan pintu rahim makin terbuka dan mengembang, gambar bunga pun tiada. LAlu kakSar pandang ke siling, nampak laluan aircond petak empat segi, dengan corak seakan bunga mengembang... lalu kakSar cakap dengan diri kakSar pintu rahim mengembang sambil pandang laluan aircond tersebut. Jadilah. Takde bunga kudup untuk kakSar bayangkan mengembang.. Laluan aircond pun ok heheh

Tak lama kakSar rasa, selepas beberapa contraction panjang dan kuat, untuk kepala baby masuk ke laluan, kakSar mula rasa nak meneran.

Masa ni, kakSar doa je dalam hati, ya Allah permudahkanlah, cepatkanlah proses ni dalam masa yang singkat.

Alhamdulillah, sekejap je bersalin kali ni... Start masuk labour room rasanya dalam sejam kakSar dah bersalin. Bagi kakSar ini yang paling cepat 😊

Teknik ni tak pelik. Ramai dah ibu2 amalkan teknik hypno birthing untuk bersalin. KakSar baca apa yang kakSar dapat dan amalkan mana yang boleh. Nak gi kelas, dengan kos dan masa yang sikit, takpelah. KakSar baca dan hadam pun ok.

Kebanyakan teknik ni kakSar ambil dan guna ikut keperluan. Takdelah apply semua.

Last but not least, satu pesanan daripada saya. Ibu2 elak lah tengok video orang bersalin. Ia akan buat ibu ngeri untuk bersalin. Adalah lebih baik ibu tengok video animasi bagaimana kelahiran bermula sampai baby dilahirkan. Sebab apa, video animasi tidak menceritakan emosi ibu ketika bersalin. Tidak kelihatan dan tidak kedengaran di mana-mana. Jadi emosi ibu kekal tenang.

KakSar tonton video yang ini berkali-kali sampai terbayang-bayang dalam kepala proses bersalin ni.. Silakan tengok,klik kat video tu.



Kenapa tenang ni penting?

Sebab fikiran ibu berkait rapat dengan proses yang sedang berlaku. Kalau ibu tenang, insya Allah proses bersalin berlaku dengan teratur, dengan kata lain, pintu rahim akan terbuka dengan cepat sehingga bersalin.

Saya pernah baca, ini bukan nak samakan kita dengan binatang. Tapi nak cerita selagi keaadaan tak tenang, ibu seladang tidak akan bersalin. Jika ia rasa terancam, ia takkan melahirkan anak sehingga betul2 selamat.

Begitu juga dengan kita, selagi kita pegang bersalin ni 'sakit','menakutkan' dan 'ngeri', proses bersalin kemungkinan mengambil masa dan akhirnnya ia menjadi menyakitkan, menakutkan dan mengerikan sebagaimana yang ibu-ibu fikir pada awalnya.


Sekadar berkongsi teknik untuk kelahiran tenang, moga bermanfaat untuk ibu yang akan bersalin.

KakSar
Kata kunci kehidupan: TENANG







sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.