Susu dan minuman untuk bayi selain susu

Ramai di antara kita yang dalam dilema mana satu susu nak bagi kepada bayi bila kita ada pilihan. Bagi kakSar susu ibu adalah susu terbaik. Walau pun begitu, atas pilihan mak ayah nak beri susu apa kat bayi masing-masing. Ada yang sesuai dan ada yang tak berapa sesuai. 

Jom kita jenguk jenis-jenis susu dan minuman selain susu untuk bayi yang boleh diberi (entry ni hanya untuk anak yang normal dan sihat ye)

1)Susu ibu

Susu yang terbaik buat bayi anda
Susu badan adalah susu yang paling sesuai yang tiada tandingan bagi bayi untuk beberapa bulan pertama umurnya sehinggalah setahun. Kalau nak sempurnakan penyusuan, hendaklah sehingga dua tahun. Hanya ada beberapa keadaan sahaja susu ibu tidak dibenarkan dan tidak digalakkan seperti ibu dengan jangkitan virus HIV atau bayi menghidapi masalah metabolik tertentu.

Susu selain susu badan



Ada pelbagai jenis susu dicipta khusus untuk menggantikan susu ibu, seperti susu segar lembu (whole cow’s milk), susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula), susu berasaskan soya (soy based formula) dan susu kambing.

2)Susu Segar Lembu (Fresh Milk)

Susu fresh lembu


Susu ini sepatutnya tidak boleh diberi kepada bayi sebelum umurnya satu tahun sebab kekurangan zat besi. Kalau memang dah ada dalam masakan takpe. Bayi yang lahir memang dibekalkan dengan zat besi yang mencukupi untukk 6 bulan pertama hidupnya, tapi selepas umur 6 bulan bayi perlukan makannan yang kaya zat besi. Menjelang setahun, diet bayi sepatutnya dah dipelbagaikan dengan makanan yang mengandungi zat besi, pada masa ini susu lembu bolehlah diperkenalkan.

3) Susu formula

Macam-macam susu formula yang ada di pasaran sehingga boleh didapati dalam talian , web Lazada

Susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) adalah jawapan bagi menggantikan susu ibu bagi bayi berusia satu tahun ke bawah yang tidak menyusu ibu sepenuhnya.
Susu ini sangat disyorkan sebagai susu gantian bagi bayi baru lahir sehingga berumur 12 bulan kerana susu jenis ini yang diperkaya zat besi boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi (iron deficiency) yang boleh menyebabkan masalah kurang darah (anemia), masalah kognitif dan perkembangan  pada bayi.

5)Susu Soya

Contoh susu soya untuk cirit birit


Susu soya yang telah diperkaya dicipta khusus untuk bayi yang alergi atau tidak hadam susu formula lembu. Namun pemberian susu ini hendaklah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu kerana susu soya tinggi glukosa dan boleh menyebabkan kerosakan gigi. Susu soya juga mengandungi hormon tumbuhan phytoestrogen yang tidak diketahui kesannya terhadap bayi.

6)Susu Kambing



Susu kambing dan biri-biri pula tidak sesuai untuk diberi kepada bayi di bawah setahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing kekurangan zat berbanding susu lembu.

Namun, dalam pasaran telah pun ada susu formula kambing yang telah diperkaya untuk bayi supaya memenuhi keperluan nutrisi untuk bayi baru lahir sehingga setahun.

Susu Kambing yang telah diperkaya


7)Susu-susu lain

Susu berasaskan beras, kekacang, susu pekat manis, susu skim (skim cow’s milk) dan susu rendah lemak (low fat) turut didapati tidak sesuai untuk bayi berusia bawah satu tahun kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai.

Susu Rumusan Khas, diberi atas nasihat doktor


Susu khusus/khas seperti susu kurang allergi (hypoallergenic infant formula), susu kurang laktosa (lactose-free formula) dan susu khas untuk masalah metabolik hanya digunakan atas keadaan tertentu dan dibawah pengawasan dan nasihat pakar.

8)Keperluan air

Air  yang dimasak perlu diberi kepada bayi 

Harus difahami susu (selain susu ibu) merupakan makanan buat bayi dan selalunya bayi akan dahaga. Untuk bayi bawah 6 bulan, air yang boleh diberi adalah air yang dimasak. Air botol perlu dielak kerana selalunya mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan sodium yang tidak sesuai bagi bayi.

9)Minuman lain

Soda, susu berperisa dan minuman jus juga tidak sesuai untuk bayi dan anak-anak kecil kerana mengandungi gula. Minuman yang boleh diberi kepada bayi bawah setahun adalah campuran jus  buah bukan sitrus dengan nisbah 1 bahagian jus kepada   10 bahagian air. Jus buah sitrus boleh lah diberi dengan cara yang sama, selepas bayi berumur setahun.Teh dan kopi memang tidak sesuai kerana kandungan kafein.

Ha itu dia susu dan minuman untuk bayi selain susu yang boleh diberi atau tidak sesuai diberi kepada bayi anda. Apa pun, pilihan di tangan mak ayah mana yang terbaik. Moga entry ini menjadi panduan untuk kita semua.

KakSar,
Susu ibu memang terbaik.... :)

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment