Perasan Bahagia Demi Mencapai Cita-cita

Salam buat pembaca yang budiman sekalian,

Hari ini cuma ingin bercerita tentang apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Semenjak saya menghadiri program NLP untuk menjadi pengamal, Mac 2014.

Satu-satu senarai cita-cita saya menjadi realiti. Alhamdulillah. Cita-cita saya itu bukanlah cita-cita yang susah untuk dicapai, cuma perlaksanaan aktiviti untuk mencapai mereka memerlukan daya usaha dan juga masa, dan tidak lupa, juga wang ringgit. Memandangkan adanya nilai wang ringgit yang juga terlibat sama, saya ingin menjadikan usaha-usaha mencapai cita-cita satu perkara yang bernilai, bukan main-main.

Sejak akhir-akhir ini, saya ditemukan, eh, saya pilih untuk bertemu orang-orang hebat. Walaupun tidak bertemu secara bersemuka, cukup sekadar berada dalam jarak yang aura mereka masih dapat dirasai, offline ataupun online. Membenarkan kata-kata, masuk kandang kambing mengembek, makanya saya juga harus bertemu orang-orang yang sama pendirian.

Doakan saya wahai pembaca budiman. Agar senarai cita-cita saya dapat dicapai, makanya bolehlah saya menambah cita-cita yang seterusnya. Sesungguhnya hidup ini adalah berterusan sehingga suatu masa, kembali kepada Sang Pencipta.

Salam sihat selalu,

Maisarah Mohamad
0132015399






KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment