Apa ada dengan tempat misteri Taman Putra Perdana?

Memang betul tempat misteri. Penuh misteri sebab ini kali pertama saya sampai sini. Nama ada pada sign board tak pernah saya kisah, rupanya begini tempatnya. Banyak pula aktiviti boleh diadakan di sini. Boleh kayuh basikal, gathering, taman permainan, nak parking kereta je ke...tempat parking luas, apa- apalah yang anda nak buat... tandas awam ada, surau pun ada! Senang nak buat aktiviti.




Hari ini hari Ahad yang bahagia. Kami sekeluarga ke Taman Putra Perdana, berhampiran Shangrila Hotel di Putrajaya bagi menghadiri Breakfast Gathering 2015 MRT Project DPT1, yang dianjurkan secara santai. Betul-betul santai.


Selesai menyediakan juadah di salah satu pondok yang disediakan, acara pertama, senamrobik dimulakan pada 9.00 pagi. Lagu senamrobik goyang yang tengah viral dimainkan. Walaupun tiada gerak yang betul-betul senamrobik, semua terhibur.



Makan pagi selepas senamrobik, sambil berbual santai dan gelak ketawa di kalangan ahli program.

Satu acara menarik selepas makan adalah persembahan magis oleh salah seorang kakitangan. En Firdaus namanya. Memang menarik sebab jarang orang kita yang berminat dengan persembahan magis. Memandangkan saya dah pergi satu program magis sebelum ini, jadi persembahan beliau memang menarik perhatian saya. Selidik punya selidik, dia dah mula beramal persembahan magis sejak kecil dan sekarang, beliau juga membuat persembahan di khalayak ramai. Saya terlupa nak tangkap gambar beliau.

Seterusnya, ada aktiviti sukaneka untuk anak-anak dan juga kakitangan yang menmenghiburkan







Akhir sekali, aktiviti bergambar beramai-ramai... acara tetap mana-mana aktiviti berkumpulan begini :). 


Selesai semuanya jam 12 lebih...

....kami tidak terus balik, sebaliknya menuju ke ayer@8 bersama beberapa rakan suami. Ngeteh katanya. Nama kedai, Teh Tarik.... Menarik kedainya. Ini pandangan daripada dalam kedai.

Masjid Logam bak kata Suamiku


Minum dan borak santai, gelak ketawa yang ceria.



Jam 2.30 bertolak balik ke rumah kerana anakku sudah mula meragam....

Sekian. Berita bahagia hujung minggu. :)

p/s: Lain kali nak bawak anak pergi ke sana lagi. Tempat yang bagus dan tak ramai orang. Sama ada orang tak tahu atau tak pernah tahu... macam saya, dah duduk Kajang sejak 2005, baru je tahu!


sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.