Kenapa saya mula berubah untuk
dapatkan personaliti yang lebih baik? Kerana saya mahukan hidup saya lebih baik
daripada sebelum ini. Andai kata hidup saya kelihatan sama, saya pun buat
perkara yang sama berulang-ulang, dengan sedikit penambah baikan atau tanpa penambah baik langsung, saya pasti saya
masih di takuk lama, buat perkara yang sama berulang kali.
Rutin. Kesalahan jadi rutin.
Anggap diri sendiri betul, apa yang orang lain cakap salah. Benang yang basah
lagi mahu ditegakkan lurus ke atas.
Bagaimana saya mula untuk
berubah?
Banyak faktor sebenarnya. Bila saya berada dalam bidang latihan, keterbukaan menjadi lumrah. Latihan sana sini buat otak saya cerna bait-bait kata penceramah dengan efisyen.
Banyak faktor sebenarnya. Bila saya berada dalam bidang latihan, keterbukaan menjadi lumrah. Latihan sana sini buat otak saya cerna bait-bait kata penceramah dengan efisyen.
Saya teringat satu penceramah, En
Badron. Beliau boleh menganalisa tandatangan. Daripada situ, baru saya teringat
yang saya pernah memiliki sebuah buku tentang tulisan. Ya. Tulisan Cerminan
Personaliti Diri, di tulis oleh Khadijah Ibrahim.
Buku yang dimiliki sejak 2007 lagi. Jadi panduan yang baik untuk saya. |
Pn Khadijah menyatakan dalam
bukunya, penganalisa tulisan dapat memberi gambaran ciri-ciri personaliti seseorang
mengikut apa yang ditunjukkan oleh tulisan si penulis seperti tindak balas
emosi, kedalaman emosi dan sifat-sifat penulis.
Itu kerja penganalisa tulisan.
Bagi kita insan biasa, ilmu
penganalisaan tulisan ini boleh digunakan untuk mengubah pola ransangan saraf
dan seterusnya sifat peribadi.
Saya memang telah menggunakan
kaedah ini. Saya telah ubah tandatangan saya, kerana tandatangan saya
memberikan hasil penganalisaan yang lebih banyak negatif daripada yang positif.
Lalu saya ubah tandatangan saya, juga sedikit tulisan saya yang boleh
beri kesan positif.
Perlu difahami, nak ubah sesuatu
yang telah menjadi rutin memang sukar. Sedikit perubahan, lama-lama ia akan
jadi ketara.
Kenapa begitu? Pasti ada yang
tertanya-tanya, kenapa boleh jadi begitu. Tak percayalah….
Begini, tulisan tangan boleh jadi
macam bahasa badan. Kita bukan sahaja menulis dengan tangan, tetapi juga dengan
otot, saraf dan bahagian-bahagian ini
bertindak mengikut minda sedar, minda separa sedar dan ransangan emosi.
Menulis
melibatkan pergerakan anggota badan yang melibatkan lenggukan, kelajuan,
tekanan dan arah gerakan. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat diubah atau
disembunyikan apabila telah dilakar di atas kertas. Dengan itu, tulisan boleh
di analisa dengan lebih mendalam untuk mengetahui pergerakan minda separa
sedar.
Oleh sebab itu, bila kita ubah
tulisan melalui latihan yang berulang, kita sebenarnya sedang hantar arahan
kepada otak minda separa sedar untuk mengubah sifat yang berkaitan. Jika kita
buat tanpa henti, minda separa sedar akan ikut arahan dan kesannya perubahan
kepada sifat kita. Amalan ini di namakan grafo –terapi.
p/s: Gembira dengan hasil sendiri :). Biar sikit berubah, yang penting ada...
Maisarah
0132015399
No comments:
Post a Comment