Kereta rosak tengah jalan anak trauma tukar tadika

Hari ini saya nak kongsi satu peristiwa yang mencemaskan berlaku tahun lepas sampai saya terpaksa tukarkan anak saya ke tadika adiknya semula kerana langsung tak mahu ikut saya ke tadika lagi satu yang hampir dengan tempat kerja saya.

Lebih kurang 2 bulan lepas, 31 November, hari Jumaat saya balik ke rumah macam biasa, berdua dengan anak saya yang di ambil di tadika. Tapi hari tu saya singgah masjid untuk sembahyang maghrib. Masjid di Permaisuri Kuala Lumpur.

Pukul 8 malam lebih kurang, saya keluar daripada masjid menuju ke Kajang, ikut jalan dalam. Sampai jalan Yaacob Latif, saya belok kiri menuju ke bulatan di Jalan Cheras.

Allah duga saya.

Sampai di bulatan nak masuk Jalan Cheras, beraturlah saya bersama kereta-kereta lain untuk ke jalan besar iaitu Jalan Cheras. Waktu itulah, tiba-tiba kereta bergerak perlahan dan bunyi enjin tidak kedengaran. Kereta tiba-tiba berhenti sendiri. Alamak. Dalam hati, apa yang sedang berlaku. Saya cuba hidupkan enjin. Namun tidak berjaya. Biar betul ni. Kereta tengah banyak pula ketika itu.

Anak saya bertanya, “kenapa mama?”. Lalu dengan selamba saya menjawab,” kereta mati”. Ketika itu, pekerja buruh, penyelia keluar masuk kenderaan barangkali, memberi isyarat untuk menolak kereta saya masuk ke kawasan pembinaan laluan mrt. Ngeri sekali kerana betul-betul di atas kereta saya, mereka sedang bekerja. 

Risau. Anak saya mula menangis. Ketakutan sejak mereka tolak kereta dan marah-marah kerana kereta tak masuk ke tempat yang sepatutnya. Itu pun nak marah. Saya menghadapi masalah untuk memutar stereng dan  menekan brek yang tak bergerak. Saya cuba kawal kereta yang bergerak dengan brek tangan. Akhirnya kereta masuk juga di kawasan pembinaan. Bahaya betul.

Tunggu punya tunggu, suami saya sampai setelah hampir 45 minit saya di situ. Tunggu lagi pomen untuk sampai. Jiran kami. 

Itulah dia sedikit imbasan kejadian bila kereta saya rosak di tengah jalan. Kalut sekejap kerana tak tahu nak buat apa. Nak keluar kereta banyak. 


Lebih seminggu kereta saya masuk bengkel kerana suami tidak puas hati dan masih ada bunyi yang kuat kali pertama kereta dihantar ke rumah selepas masuk bengkel. Kemudian, masuk bengkel lagi. Bayaran pula menjangkau RM 800.00. Kos tiba-tiba. 

Baru semalam dapat kereta. Rasa lain macam pandu kereta. Keras semacam. 

Anak saya pula, sejak kejadian tak mahu langsung ikut saya ke tempat kerja, kerana takut kereta mati lagi katanya. Langsung kena tukar tadika. Kos tiba-tiba juga tu. Macam-macam. Geleng kepala ibunya ini.

Moral cerita

Inilah masalah utama wanita, hanya tahu bawa kereta, tapi tak nak pantau kereta sendiri. Saya la tu. Oleh kerana itu, saya berazam akan belajar cara jaga kereta dengan baik supaya kereta tak mati tengah jalan secara tiba-tiba lagi. 


Ibu positif,


Maisarah :)

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment