Kenapa perlu hadir Bisnes On The Go

Hari minggu hari untuk pergi kelas. Seawal pagi lagi saya bersiap-siap untuk ke kelas. Eh bukan bersiap-siap mekap bagai tau. Siap-siap main masak di dapur untuk suami dan anak-anak.

Untuk minum pagi, bihun goreng dan teh o saja. Tengahari pula nasi, sayur labu dan ayam goreng. Main campak-campak je. Kebetulan semua dah sedia untuk dimasak, jadi dalam masa sejam semua dah siap untuk yang makan tengahari tu. Wallah.. Alhamdulillah. Allah jua yamg memudahkan di saat anak-anak masih lagi tidurrrr. Macam lipas kudung buat kerja.

Usai masak, apo lagi... salam cium suamiku terus zas ke tempat latihan. Hotel Sri Petaling. 32 minit ikut aplikasi Google Map.

Saya dah tak pakai waze sebab dia suka bawa saya jalan-jalan jauh. Jenuh. Cepat sangat bertukar-tukar jalan sampai saya pula yang pening. Tapi satu je kelebihan waze berbanding Google Map, ia akan beritahu sekiranya ada polis trafik kat depan atau kamera trafik kat dalam map. Wohohoho. Map Google takde bagitahu dua perkara tersebut.

Saya sepatutnya sampai jam 10 pagi, tapi memandangkan saya menyinggah Petronas untuk beli air minum, jadi saya sampai Hotel Sri Petaling dalam jam 10. 15 pagi.

Apa lagi, berkejaran naik ke tingkat dua. Lif dia pulak lambat. Adeh deh deh.

Waktu saya sampai, suami Master Norita, Master Naquib dah mula. Beliau berbicara tentang peranan suami bagi wanita bershaklee dan bagaimana wanita meletakkan suami dalam bisnes shaklee ini. Kesimpulan yang saya dapat, wanita berjaya sebab sokongan suami.

Lagi bagus ajak suami sebagai biz partner supaya tidaklah suami hanya berbangga dengan  kejayaan si isteri sedangkan Shaklee adalah bisnes keluarga. Bukannya bisnes isteri sahaja. Andainya isteri sakit, bersalin dan paling teruk isteri meninggal, sekurang-kurangnya si suami tahu apa nak buat. Masak kalau nak order barang pun tak tahu.. Camana nak buat tu?

Saya pun sedang buat perkara yang sama. Alhamdulillah. Buah fikiran yang sama cuma saya tidaklah terfikir sehingga saya sakit atau meninggal..😂😂😂 Seram tau fikir mati... Tengah nak kumpul amal tau... Koknye disebut tentang mati, pahala tak banyak mana... Huhu

Banyaklah tips terus boleh buat yang disampaikan oleh Master suami isteri. Tak boleh share kat sini. Nak tahu kena pergi kelas juga. Baru faham. Lain fahaman bila menadah betul-betul dengan melalui perantaraan. Salah fahaman satgi.. Hoho

Saya cuma boleh bagi 3 perkara penting yang saya boleh bagi

1) konsep On The Go yang memang simple & mudah untuk buat offline. Part ni memang buat kita jelas apa nak beritahu masa tu. Pendek dan padat. Tempoh pun sekejap je lebih kurang 5 minit je.

2)Part lock customer - back to basic & proses sucikan hati tu memang awesome. Orang tenang selalu menang. Masa ni ramai yang baru nampak konsep target nilai bonus yang betul.

3)Kanser bisnes - game yg nampak macam complicated tapi mesejnya sampai dalam masa yang singkat! Nak tahu kanser bisnes ni apa, kena joinla. Tak boleh pecah rahsia.

Terima kasih Master Kak N & Master Naquib! Seronok dapat join Program ni, dapat perpektif baru tentang ilmu yang dah banyak kali dengar 😅

Next BOTG bulan Mei, di Penang dan juga Johor Bharu...

Ha, be alert mulai sekarang la ye...

Maisarah
Sid Pro
890066
0132015399

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.