Air alkali buat badan sihat?

Hari Isnin saya terbaca satu post di FB yang memaparkan surat daripada Kementerian Kesihatan  di Negeri Brunei atas penolakan untuk memberi kebenaran kepada sebuah syarikat untuk mengimport produk Kangen Mesin.



Penolakan dibuat setelah pihak kementerian menjalankan ujian pH terhadap air yang telah dihasilkan oleh mesin tersebut selama dua hari, dan pemilik FB yang sayabaca mengenai perkara ini menulis air tersebut memberikan pH 9.5, melepasi tahap piawaian.

Jadi saya terdetik di dalam hati. Berapa maksimum tahap kealkalian air yang boleh kita minum?? Beberapa hari dalam minggu ini, perkara itu yang berlegar-legar di dalam kepala saya. Jadi saya pun mulalah membuat sedikit penyelidikan mengenai air beralkali ini.

Cecair beralkali merupakan cecair yang pHnya bernilai lebih daripada 7. Cecair yang berada di bawah pH 7 merupakan cecair berasid dan pH 7 adalah paras neutral atau normal. Dalam skala, tahap pH paling berasid merupakan -4.5 manakala tahap paling beralkali adalah 9.5.

Untuk badan berfungsi secara teratur dan sihat, pH badan anda mestilah berada pada pH 7.0 dan ke atas iaitu sedikit beralkali. 
Kenapa mesti sedikit beralkali? Ia untuk memastikan keseimbangan asid dalam badan.

Jika badan anda menjadi lebih berasid daripada yang sepatutnya, badan anda dengan serta-merta mula menunjukkan gejala ketidakseimbangan. Gejala-gejala ini merupakan perkara-perkara yang biasa kita hadapi seperti hidung berair, keletihan, kulit berjerawat, atau sedikit kes sindrom usus terganggu.

Walau bagaimanapun, isu-isu kesihatan yang kecil ini sebenarnya tanda pertama bahawa badan anda mungkin terlalu berasid dan perlu mencapai keadaan yang lebih alkali. Namun  terdapat factor lain juga yang boleh menyumbang kepada gejala-gejala ini seperti pendedahan kepada kuman dan pencemaran, tekanan dan faktor kehidupan luar yang lain. 

Jika badan anda  berada pada tahap alkali yang sepatutnya, anda lebih cenderung untuk mempunyai kulit yang lebih jelas, penghadaman yang lebih baik, lebih banyak tenaga dan jarang selsema.

Kurang Selsema

Persekitaran berasid menggalakkan pertumbuhan bakteria tidak baik, yis dan kulat. Ketidakseimbangan bakteria baik dalam tubuh anda membuat anda lebih cenderung untuk mendapatkan jangkitan. Anda sebenarnya akan kurang cenderung untuk mengalami selesema biasa apabila badan anda beralkali. 

Pencegahan Kanser

Faedah utama yang mempunyai badan beralkali adalah anda mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat kanser. Apabila badan anda terlalu berasid, tahap oksigen menurun dan metabolisme sel berhenti. Hal ini boleh menyebabkan pertumbuhan sel-sel kanser. Mengekalkan keadaan alkali membantu menggalakkan pertukaran sel sihat, yang merupakan kunci dalam mencegah kanser.

Berat Sihat

Buah-buahan dan sayur-sayuran membuat badan anda lebih beralkali, manakala makanan yang diproses, gula, karbohidrat bertapis dan alkohol membuat anda lebih berasid. Dengan makan makanan beralkali  anda lebih cenderung untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Terlalu kerap makan makanan berasid menyebabkan anda cenderung untuk mengalami masalah berat badan.

Ha, itulah dia sedikit penerangan mengenai kealkalian dan kepentingan mengambil makanan beralkali supaya badan sedikit beralkali. Terjawab sudah persoalan saya apakah tahap maksimum kelkalian yang boleh kita ambil. Lupa berapa nilai maksimum? Kalau macam tu, kenalah baca entri ini lagi sekali. ☺

Bercerita tentang makanan, entri saya seterusnya saya akan kongsikan mengenai makanan dan minuman yang beralkali yang boleh ditambah dalam diet harian untuk memastikan badan kekal beralkali.

Nak buat ulangkaji dulu. Sehingga itu, tunggu entri saya yang seterusnya.

Maisarah

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment