Persenyawaan dan kehamilan, ilmu yang pengantin baru perlu tahu banyak - Bahagian 1

“Kami  baru je kahwin. Tapi masih belum mempunyai anak. Sebagai pengantin baru, kalau boleh , nak anak cepat-cepat. Tapi kami …sorang di JB, sorang lagi di  Kuala Lumpur."

"So far, period saya tetap dan suami pun tiada masalah. Saya beli supplemen Zinc ni untuk husband. Mungkin boleh membantu."

"Selepas ini pun, saya bercadang nak mengurut,” luah seorang pelanggan saya,  Hanis bukan nama sebenar.

Beliau merupakan seorang agen pusat panggilan terkemuka di ibu negara.Masih belum mempunyai cahaya mata, dan mereka sekarang masih mencuba.

Namun, selidik punya selidik pertanyaan demi pertanyaan, saya dapat buat satu kesimpulan.Saya senyum.Rupanya si isteri tidak jelas ilmu ovulasi dan persenyawaan.Jadi saya rasa si suami pun begitu juga.

Penting sangat tau isteri-isteri kena tahu. Dan para suami juga kena tahu ye. Dalam hal ini,perbincangan dan persetujuan sangat penting untuk memastikan persenyawaan berlaku.

Ovulasi?
Persenyawaan?
Kehamilan?

Semua subjek ini ada diajar di sekolah. Saya memang peminat subjek ini kerana ia berkaitan dengan diri saya dan ia merupakan proses yang sangat unik. Setiap kali merancang untuk mengandung, saya akan baca berkali-kali artikel online yang berkaitan untuk memastikan ia berjaya.Hihi.Dunia di hujung jari. Antara rujukan utama saya termasuklah Baby Center.

Eh kelain pula kita. Nak cerita tentang ovulasikan.Ini bukan tentang saya, ini tentang ilmu nak dapat anak bila mana tiada masalah di pihak isteri dan suami.Cuma yang kurang sedikit teknik yang betul.
Bila kehamilan akan berlaku?

Saya pasti semua orang tahu nih. Bila telur wanita dan telur lelaki bertemu, berlaku lah seperti gambar di bawah.Ini baru bertemu. Nampak sperma (telur lelaki, kecil dan ada ekor) melekat pada ovum(telur perempuan, yang lebih besar).



Jika salah satu sperma tersebut berjaya masuk ke dalam telur wanita ( tak taulah dia buat macam mana, korek ke, gerudi ke, itu cek tak tau), berlaku lah persenyawaan.


Pada kebiasaanya, Ovum hanya benarkan satu sperma sahaja yang memasukinya.



Sperma yang dah masuk ke dalam ovum. Dalam perut ibu, bayangkan dalam berjuta-juta sperma, salah satu berjaya bergabung dengan telur ibu maka jadilah kita…. Jadi kita adalah pemenang dari dalam perut ibu lagi… horeyyyy!!!!

Waktu ini adalah waktu kritikal. Jadi ibu-ibu yang memang mahu conceive, sila elakkan daripada membuat kerja-kerja aktif selepas bersama dengan suami. Baring je lah dalam bilik tu. Oleh kerana itu, saya galakkan bersamalah ketika waktu malam dan bertenang selepas itu.Ada sebab digalakkan bersama ketika waktu subuh dan waktu malam.

Eh sebelum berlaku persenyawaan kena kaji dulu sifat-sifat sperma, ovum, ovulasi ( waktu keluar ovum), waktu subur dan waktu bila nak buat projek.. ha penting nih kena tahu.

Tapi memandangkan masa saya suntuk semasa menulis entry ini, saya akan sambung lagi dalam post akan datang---> Persenyawaan dan kehamilan, ilmu yang pengantin baru perlu tahu banyak - Bahagian 2.

Sekian dulu la ye...

Maisarah
SIDpro 890066
0132015399



KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment