Kebaikan lemak tepu?

Di US, panduan kesihatan masih menegaskan bahawa lemak tepu menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah, dengan itu menggalakkan penyakit jantung. Mereka mengesyorkan menghadkan kedua-dua lemak trans (yang memang berbahaya) dan lemak tepu (yang tidak merbahaya) kepada kurang daripada 10 peratus daripada kalori harian.  Mari kita lihat benarkah wujud kebaikan lemak tepu dalam badan manusia.

Melalui pembacaan saya, satu perkara menarik minat saya iaitu Dr Mercola kurang bersetuju dengan keputusan itu. 

Lemak tepu sebenarnya penting untuk kesihatan optimum, dan kebanyakan orang mungkin perlu antara 50-80 peratus lemak sihat daripada kalori harian, jauh lebih banyak daripada had 10 peratus yang dicadangkan oleh garis panduan tersebut.

Untuk menurunkan berat badan, mereka juga mengesyorkan pegambilan makanan rendah lemak dan susu tanpa lemak, yang beliau  percaya adalah satu kesilapan.

Cadangan rendah lemak mungkin mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Dan ia mungkin sangat tidak produktif jika anda cuba untuk menurunkan berat badan, beliau berpendapat.

Terdapat bukti jelas menunjukkan bahawa diet rendah karbohidrat, tapi lemak tinggi, boleh menjadi sangat berkesan untuk penurunan berat badan. Lemak tepu bukan sahaja penting untuk fungsi sel dan hormon yang betul, mereka juga menyediakan sumber tenaga dalam diet anda.

Diet kombinasi rendah karbohidrat, tinggi lemak sangat sesuai kerana apabila anda mengurangkan karbohidrat, biasanya anda perlu untuk menggantikan tenaga yang hilang dengan meningkatkan penggunaan lemak anda. Sumber lemak sihat yang boleh dipertimbangkan untuk ditambah kepada diet anda termasuk:

1/Buah zaitun dan minyak zaitun (untuk hidangan sejuk)

2/Kelapa dan minyak kelapa (untuk semua jenis memasak dan baking)

3/Butter diperbuat daripada susu  daripada lembu yang makan rumput mentah organik

4/Kacang mentah, seperti makadamia dan pecans

5/Kuning telur organik

6/Avokado

7/Daging daripada lembu yang makan rumput

8/Minyak sawit

9/Minyak kacang organik yang tidak dipanaskan

10/Asid lemak omega-3  docosahexaenoic (DHA). Kira-kira 60 peratus daripada otak anda adalah terdiri daripada lemak-25 peratus daripadanya adalah DHA. Asid lemak Omega-3 seperti DHA dianggap penting kerana badan tidak boleh menghasilkannya, dan kita mesti mendapatkannya daripada diet harian.

Oleh itu, penting untuk mengambil lemak omega-3 berasaskan haiwan secara tetap, pada masa yang sama menghadkan lemak rosak omega-6, yang terdapat dengan banyaknya di dalam minyak sayur-sayuran dan makanan yang diproses. Makanan harian kita lebih banyak mengandungi lemak omega -6 yang menyebabkan kita kekurangan lemak omega-3.


Sumber: Mercola.com

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.