Kami sambut hari ibu sedunia?

Ha Selamat Hari Ibu 2016 wahai ibuku di samping suami tercinta, siapa lagi kalau bukan abah ku.

Saya coretkan di sini cerita sambut hari ibu kononnya.. padahal dah sambut semalam.

Ha ini sejarah hari ibu keluarga saya tahun ini heheh. Dah jadi sejarahlah sebab dah sambut semalam. Ahakss.. Adik saya Madihah beritahu, dah lama tak buat sesuatu untuk ibu. Maka, dengan kepulangan Maliya, kakak Madihah, mereka pun melaksanakan perancangan. Katanya nak beli kek, buat makan-makan termasuk hidangan daging kambing, nasi kerabu dan cheesekut dan panggil jiran-jiran terdekat berkongsi juadah yang ada.

Gambar di atas setelah mengejutkan ibu saya dengan sebiji kek. Malu2 ibuku... Potong kek bersama abah kami... So sweeeet..


Inilah rupa kek yang telah dikerjakan. Sepotong kek untuk mencemburukan kami yang tidak pulang. Uhuk. Kesihatanku tidak mengizinkan untuk kembali ke kampung.


Lagipun cuti hanya dua hari, dan hari ini pun anakku ada 'Day Out' dengan rakan sekolah Pasti.

Semoga ibuku merasa bahagia... Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu dan bapaku sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..


Bercakap tentang sambutan hari ibu sedunia, pagi ni pun saya ada share gambar UAI di facebook. Jadi saya pun memggoogle serba sedikit tentang hari ibu ni. Apakah hukumnya? Hukumnya harus menyambut hari ibu untuk menghargai mereka, tapi kalau niat untuk sambut hari ibu sebagaimana sambutan hari ibu di barat, hukumnya haram... Sebab apa, hari ibu ni ada sejarahnya yang tersendiri mengikut tempat... Nak baca lebih lanjut, sila baca di blog shafiqolbu nih. Lengkap cerita pasal sejarah asal dan hukum hakam sambutannya... Cerita di sebalik sambutan hari ibu.

Saya pun ibu juga. Ucapan hari ibu ini saya tujukan untuk semua ye....

"Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu termasuk diri sendiri, bakal jadi ibu dan ibu baru. Semoga kita semua jadi ibu yang sangat kental mental dan fizikal"

Aja-aja fighting!!

Maisarah
Ibu yang berjauhan dengan anak sulung sebab ikut trip Pasti.. 😅


sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.