Aktiviti paling best musim hujan!

Dulu masa kecik musim hujan...
Sekitar umah saya sawah padi. Asal tiba je musim hujan, air akan naik tinggi. Masa tu bila banjir sawah tu.. perasaan seronok sebab boleh nampak kolam besar sekitar rumah.
Walaupun musim hujan musim baju susah nak kering dan dengan sejuknya, yang penting boleh main air. Ada rumput terapung. hehehe Bila pijak tak tenggelem walau tinggi mana air sampai takat peha.. (masa tu kan kecik, tu kira dalam la tuu)


aktiviti paling best adalah tunggu fiesta ikan darat.. Masa ni mulalah semua tahan pancing, memukat dan menyerkup. Macam-macam ikan dapat. Sepat, belut dan ikan haruan.
Buat ikan gulai darat daun kesum. Hmmmm sedapnya...
Nak dapatkan ikan-ikan ni bukan senang jugak. Kalau yang tahan pancing okey lagi.. yang duk memukat n menyerkup tu. Lintah banyak wei...
Memandangkan ai masih kecik.. kita tengok je laaaaa
Nak bawak perasaan seronok ni sampai bila-bila...boleh?
Sekarang, tempat ni dah jadi taman perumahan.. mana ada sawah dah.. kenangan je lahhh
#tsunamishaklee wow
#liveamazing everyday
#shakleeeffect natural
#landmarkstudy marvellous
#tim6awesome always cute

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment