4 langkah mudah hilangkan kebimbangan ibu bapa terhadap ruam lampin bayi baru lahir

Ingat lagi kakSar terbersalin sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan?

KakSar rasa sebab terlalu lasak dua tiga hari sebelum itu, menyebabkan sehari sebelum bersalin perut mengeras dengan hebat.

KakSar tak perasan langsung yang itu adalah petanda kakSar akan bersalin.

Tapi tidak mengapalah. Lagi bagus bersalin awal, sebab perut dah hampir benar dengan stereng kereta.

Namun, bila kakSar dah kebocoran air ketuban lebih 12 jam, doktor buat keputusan untuk beri antibiotik kepada bayi kakSar, selama 48 jam.

KakSar terpaksa redha. 

Bayi bila dah diberi antibiotik ibu bapa perlu jaga-jaga kerana mudah kena ruam lampin. Bayikan memang membuang banyak kali. Asal minum, lepas minum membuang.

Kali ini kakSar cuak sebenarnya bila bayi ada ruam lampin yang agak teruk. Merah ! KakSar terkejut sebab ini kali pertama melalui yang begini. Yang anak lain pun banyak juga membuang tapi tidak lah seteruk ini. KakSar buat pembacaan sikit, rupanya bayi yang diberi antibiotik lagi tinggi risiko untuk kena ruam lampin. Bakteria baik berkurang sebab antibiotik tadi itu.

Di hospital, kakSar cuma guna semburan air atau baby wipes, which is antara punca ruam makin teruk.

KakSar kasihankan bayi.

Apa yang kakSar buat sepanjang kena ruam, setiap kali tukar lampin kakSar akan buat perkara berikut;


  1. Cek lampin sekerap mungkin, sekiranya bayi membuang air kecil atau besar, segera cuci dengan air paip, elak guna tisu basah.
  2. Selepas cuci, lap kering. 
  3. Sapukan krim serbaguna herbal blend
  4. Sapu minyak zaitun
Kurang seminggu, insya Allah ruam perlahan-lahan hilang. tapi teruskan penggunaan herbal blend sehingga betul-betul hilang.

Sehingga sekarang, bayi kakSar yang telah berumur empat bulan tidak lagi mengalami ruam yang teruk.

Sekarang, kakSar cuma teruskan sapu minyak zaitun, sekali sekala sahaja kakSar guna herbal blend, itu pun jika dah nampak samar-samar merah. Cegah lebih baik kan. Ngeri kalau baby kena lagi. 


Baby anda alami ruam lampin? Segera guna herbal blend, hubungi kakSar untuk mendapatkannya!



KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment