Sedut hingus bayi baru lahir dengan penyedut hingus

Itu pun nak cerita!

Orang zaman dulu, mak-mak guna mulut untuk sedut hingus kan.

Tapi kakSar tak suka buat macam tu sebab diri kita berisiko untuk selsema juga.

Jadi cara bersih kakSar pergilah cari penyedut hingus di kedai menjual alatan barang bayi.

Kali ini awal-awal lagi kena cari penyedut hingus. Sebabnya anak-anak kaksar yang umur 6 tahun itu suka sangat cium bayi kakSar yang tak sampai pun tiga bulan, akibatnya bayi kakSar dah mula selsema, dan berhingus.

Dah larang, tapi tetap dibuat juga. Geram katanya!

Apa yang KakSar boleh buat, upkan pengambilan vitamin C dan vitamin basic yang lain supaya selsema tidak melarat. Bayi kakSar kan minum susu badan. Jadi maknya lah yang kena makan vitamin.

Alhamdulillah. Betul tidak melarat.

Tapi kakSar cuma guna jenis pigeon yang ini sahaja. Harga pun dalam RM 16 +.




Apa fungsi penyedut hingus itu, sedut hingus waktu malam yang sejuk supaya hidung tidak tersumbat dan hingus tidak bersepah siang hari.

KakSar senang guna jenama pigeon yang ini.

Sebab ia ada dua muncung, Satu muncung kecil yang panjang, macam getah lembut, sesuai untuk bayi yang kecil lubang hidungnya.

Kalau dicabut getah lembut itu, akan ada satu lagi lubang yang lebih besar namun sedikit pendek. Sesuai untuk bayi bila dah besar sikit 3 bulan ke atas.

Apa pun, gunakan jenis pam ni dengan lembut, supaya baby tidak terkejut. Kemahiran guna kasih sayang paling penting hihi


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment