CERITERA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG PART 3

Suami ku dan adikku cuak dan cemas.

Masing-masing bertanyakan aku ok atau pun tidak.

Aku memangtidak bergerak sehinggalah stretcher sampai kepadaku untuk dibawa masuk ke dalam ambulans.

Sejurus masuk ke dalam ambulans, aku dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuantan.

Di sana, doktor mengikuti perkembangan aku sekiranya ada tanda-tanda akan bersalin. Beberapa kali aku diseluk.

Memang betul, aku ada contraction, dan jalan keluar mulai melembut. Lantas aku di masukkan ke bilik bersalin untuk beberapa jam, tanpa makan dan minum. Laparnya tuhan saja yang tahu, Bibir kering dalam bilik beraircond, terasa lemah dan kusut.

Apa yang sedang aku lalui ini? YA Allah.

Pada ketika itu, doktor telah mengetahui keadaan kandungan aku. Ketika aku di bilik bersalin itu, doktor telah menghampiri suamiku dan memberi cadangan untuk aku bersalin dalam masa terdekat.

Walaupun ubat tahan contaction telah diberi, namun doktor beranggapan peluang tipis untuk bayi lahir dengan sihat, kerana katanya bayi cuma kuat di dalam perut.

Berkali-kali doktor memberitahu. Tapi apakan daya aku wahai doktor. Biarlah ia berlaku mengikut kehendak Allah.

Selagi boleh diselamatkan, bantulah kami!

Aku redha dan pasrah. Yang penting, suami ada bersama.

Selepas seminggu, aku dikeluarkan daripada ward dengan tangan yang berbalut. Suamiku mohon untuk aku pulang ke Terengganu, Namun aku berdegil mahu mengikutnya pulang ke Kajang.

Suami ku akur. Pulanglah kami ke Kajang.


Bersambung


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment