Benarkah main pasir di pantai, sungai, kebun dan hutan menyihatkan?

Bila anak main pasir tiba-tiba si ibu menjerit

"Eiiii, jangan main pasir! Kotor tau", sambil tangan ibu  terus memegang tangan si anak bagi menghalang aktiviti bermain pasir.

Sebenarnya kalau ibu nak tahu, main pasir aktiviti ni aktiviti yang sihat.

Banyak faedah main pasir ni. Untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.



Kita cerita untuk anak-anak dululah. Apa faedah untuk anak-anak yang sedang membesar?

1. Meransang motor halus

Main pasir sangat bagus untuk merangsang motor halus anak melalui aktiviti menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir.Ia  membantu membina otot kasar dan otot halus si kecil. Mereka boleh berlari, melompat, berguling, menggali dan apa sahaja yang mereka mahu lakukan dengan pasir. Jika di pantai pula anak-anak boleh berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria sempurna untuk kanak-kanak suka sentuhan atau kinestetik. Kanak-kanak ini mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak-anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Bermain pasir adalah peluang untuk kanak-kanak mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan sebelum mereka bersedia untuk menggunakan pensil.

Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Keadaan ini memberikan mereka beberapa input deria tambahan bagi membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

Cara bermain dengan pasir tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Anak-anak ini terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan penjanaan idea kreatif boleh berlaku. Ada idea, akan ada pula pemikiran bagaimana mahu melaksanakan idea.

Oleh kerana itu, terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Berikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan alatan, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak peluang untuk menjana idea kreatif.

Tahukah anda selain membantu perkembangan anak-anak untuk perkembangam motor dan kognitif mereka, pasir juga boleh menyebaban anda dan anak anda lebih sihat.

 Bagaimana?

Setiap kali nak main pasir, main pasir kat pantai atau kat dalam kebun atau kat sungai. Buka kasut dan main bersama-sama dengan anak-anak. Bumi ni sebenarnya mempunyai caj negatif yang sangat banyak, lagi-lagi kalau tempat itu adalah tempat yang masih belum tercemar. Ia sentiasa kaya dengan elektron boleh menyediakan bekalan antioksidan dan "free radical busting electrons". Bila anda meletakkan kaki tanpa kasut di atas tanah, anda akan menyerap sejumlah besar elektron melalui kaki. Antioksidan freee.....

Sekarang dah tahu kenapa orang dulu-dulu sihat tanpa penyakit walaupun tak makan suplemen kan kan kan...

Kesan dia mencukupi untuk mengekalkan badan anda sama negatif dengan bumi. Proses simple ini di panggil "grounding" atau "earthing" dan kesan teknik ini adalah sama dengan antioksidan yang power. "Grounding" telah menunjukkan kesan untuk melegakan sakit, mengurangkan radang, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesihatan keseluruhannya. Bila kita pakai kasut getah dan sebagainya, kita menghalang perpindahan elektron secara besar-besaran daripada bumi ke badan kita.

Dr Homeopati saya juga sering menasihatkan saya masuk hutan yang belum tercemar dan rendam kaki dalam air sungai untuk buang cas positif, ambil cas negatif. Ini kerana beliau lihat saya kepenatan dan lesu. Salah satu cara cepat untuk pulihkan tenaga dalaman. 

Hanya dengan keluar berkaki ayam, jalan kat atas tanah, anda boleh mengurangkan beberapa stress yang berterusan masuk dalam sistem kita dengan membenarkan caj berlebihan dalam badan untuk di discharge ke bumi.

Berkaki ayam di atas tanah boleh menolong memulihkan serangan berterusan medan elektromagnet dan lain-lain radiasi daripada telefon tangan, komputer dan wifi.

Lagi satu, 'grounding' juga memberi ketenangan kepada sistem saraf yang menyelaras kadar denyutan jantung. Baik kadar denyutan jantung, maka baiklah semua fungsi badan anda.

Ohho lepas ni banyaklah cuti saya masuk hutan atau ke pantai. Tapi kita makin sihat, okeylah kan...

Selamat bermain pasir ye!!!


Maisarah

Tengah rancang nak cuti tepi pantai hmmmm

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment