Melegakan batuk dan demam selsema sampai tiada perit di tekak dan berselera makan

Minggu lepas punya cerita. Main hujan baju habis basah kuyup buat saya kesejukan untuk beberapa jam. Kisahnya saya ke tandas dengan anak. Si anak ada baju ganti, ibunya tak berganti.... Kesannya, si ibu pula yang diserang demam batuk dan selsema. Bagaimana legakan batuk dan demam selsema dengan cepat?

Main hujan hari Ahad. Saya mula demam selepas hari ketiga. Hari Rabu saya ke klinik dan dapat Cuti sakit. Suami saya yang hantar saya, juga dapat cuti sakit sebab blood pressure tak mahu turun (Nanti saya cerita). Tapi, tugas saya pagi tu untuk melawat program dalaman di cawangan, saya gagahkan jua hadir.

Niat di hati nak jumpa Puan Muna Izzah kerana dialah trainer pagi tu. Senang melihat beliau menyampaikan program. Seorang trainer yang baik. Kalau ada yang nak buat program penampilan, boleh jemput dia. 

Program latihan dah jadi salah satu passion saya. Best jika program banyak input yang memberi manfaat. Satu yang saya paling suka, walaupun hadir sekejap saya selalu dapat ilmu yang baik. Part ini yang saya paling suka. Saya suka belajar dan belajar semula. 

Ehh melencong pula ye. Hihi.

Ok. Kembali ke topik kita balik. Bagaimana nak legakan batuk dan demam selsema dengan cepat?

1) Ambil vitamin C setiap 5 jam. Bila demam selalu kena ingat, mesti up kan balik imun. Vitamin C sangat membantu melawan balik jangkitan. Ia bukan sahaja untuk kecantikan, tapi untuk imun juga ye. Siapa yang dah makan untuk kulit, dia juga pasti dapat faedah 'eh dah lama tak demam'... Atau 'eh kejapnye demam kali ni'
(saya la tu). Sama juga batuk dan selsema.

2)Paling best demam kali ni sebab saya makan omega. Saya ambil sama dengan vitamin C. Tapi kalau mula batuk dan bersin, saya telan sebiji... Apa yang baiknya...

-ulser cepat hilang pecah hari ni, esok lusa dah baik.
-Batuk kadang-kadang dan tak menyakitkan ( tak melukakan tekak, yang buat rasa perit nak telan makanan), yang ni memang awesommeeeee. Kahak memang ada. Tapi batuk tiba-tiba berdiam diri.
-Sekali sekala je bersin...

Tak ke rasa best macam ni... Bukanlah saya nak demam lagi. Tapi kalau terpaksa demam, takde lah nak sakit tekak yang perit lagi menyakitkan, lap hingus kat hidung sampai kulit menggelupas... Kali ini, semua tu takde...

Saya batuk dan demam selsema yang tak kelihatan. Bagus kan?

Makanan tambahan bantu legakan batuk dan demam selsema

Ehh nanti ada yang cakap takkan makan dua tu aje? 

Mestilah tidak. Saya juga makan nasi macam biasa. Tapi, saya banyak kali makan sup sayur dan ayam tanpa minyak dan tak pedas. Letak banyak bawang putih... Buah, pun saya tak lupa makan. Berselera walaupun sakit... Itulah saya...


Maisarah
Demam macam tak rupa demam... Makan macam biasa 😂😂😂. Berselera... 

SID pro 890066
Whatsapp 0132015399



sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.