Turunkan paras gula dalam darah sebelum luka berlubang tanpa disedari

Diabetes dan kencing manis. Dua perkara yang sinonim. Banyak sangat berlaku di kalangan kita. Tapi segelintir rakyat marhaen yang benar-benar faham apa yang menyebabkan ia berlaku.

Saya nak kongsi cerita, Kak Ell (bukan nama sebenar) berumur 50an, masih lagi bekerja sebagai Pengurus. Dia banyak mengalami komplikasi diabetes termasuk urat darah mata yang rapuh sehinggakan kalau batuk, boleh buat urat darah mata pecah menyebabkan penglihatan beliau kabur. Beberapa kali minor operation di mata terpaksa dibuat untuk buang darah beku.

Walaupun anda dah ambil insulin untuk kawal paras gula, komplikasi masih lagi boleh berlaku tanpa anda sedari. Kak Ell mengalaminya kerana sudah beberapa hari beliau merasa sakit di kaki. Memandangkan beliau tidak boleh tunduk (sembahyang pun dah guna kerusi sebab masalah kaki bengkak), sakit di kaki didiamkan sehinggalah kaki benar- benar sakit. Lalu, beliau ke klinik ditemani suami.


Alangkah terkejutnya beliau kerana pihak klinik terus merujuk kes beliau ke hospital tanpa sebarang rawatan. Pihak klinik mahu beliau terus dirawat di hospital kerana kaki beliau mengalami jangkitan luka yang telah berlubang dalam di celah ibu jari kaki dan jari tengah kaki. Luka mula mengeluarkan nanah.



Allhamdulillah. Luka beliau pulih selepas hampir sebulan. Beliau terpaksa cuti sakit selama tiga minggu.

Antara sebab kenapa lambat beliau sedar sakit kaki tersebut adalah kerana faktor tidak rasa dan kaki membengkak.

Sejak itu, beliau sentiasa menjaga kaki supaya tiada lagi luka-luka tanpa sedar sehingga berlubang kerana saya pasti beliau serik untuk risiko tinggi kaki kena potong. Dalam hal ini, pemilihan jenis kasut yang sesuai dan selesa sangat penting untuk mengelak perkara seperti ini berlaku.

Saya pasti anda juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku kepada anda bukan?

Macamana diabetes boleh terjadi? 

Ada dua jenis diabetes iaitu

Type 1 : bila sel badan tidak boleh menghasilkan insulin

dan

Type 2 : bila sel badan tidak kenal insulin

Apa benda insulin ni ye?

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) yang nak  masuk ke dalam sel kita.  

Dah kenapa gula nak masuk sel? Takde kerja ke?

Kalau anda nak tahu, sel kita memerlukan gula sebagai makanan. Ha itulah kerja gula! Pemberi tenaga kepada sel untuk berfungsi. Macam kita, makanan beri tenaga. 

Insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. Bila sel dah cukup keperluan gulanya, insulin akan kunci pintu sel supaya gula tidak dapat masuk.

Itulah sebabnya kalau kita makan lagi banyak gula sedangkan gula dalam sel dah cukup, maka lebihan gula tadi akan berada dalam darah. Banyak pihak sarankan untuk kurangkan gula dalam makanan atau dengan erti kata lain makan berpada-pada jangan ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia memang tidak boleh hasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tidak cukup. Umpama bilik ada 15 tapi kunci hanya ada untuk 5 bilik je. 5 orang sahaja boleh masuk, lagi 10 orang berlegar-legar di luar bilik.

Apa jadi bila kena berlegar di luar? 

Penat, letih, pitam. Serupa macam gula yang tidak boleh masuk dalam sel kita, tapi berlegar-legar dalam salur darah kita. Maka kandungan darah kita jadi tidak seimbang disebabkan gula terlebih tadi yang tidak boleh masuk sel.

Yang Type 2 pula terjadi apabila bilik yang ada 15, kunci pun ada 15 tapi kunci salah. Patutnya nak buka bilik guna kunci bilik tapi ditangan ada kunci kereta. Bagaimana mahu buka pintu dengan kunci kereta. Sudah pasti pintu tidak dapat dibuka. Jadi perkara yang sama juga berlaku sebab orang masih juga tidak boleh masuk ke dalam bilik (gula tidak boleh masuk ke dalam sel).



Dua keadaan ini buat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, macam-macam masalah kesihatan akan berlaku;

- pandangan kabur
- gangguan berat badan
- jangkitan pada kulit
- luka lambat sembuh
-Sakit jantung
-Sakit buah pinggang
-Masalah saraf

Bagaimana mahu elak gula berlebihan dalam darah?

🌸Makan secara seimbang yang mengandungi karbohidrat, lemak dan protein.

🌸Makan karbohidrat yang berkualiti tinggi seperti makanan dengan indeks glisemik rendah.

🌸Elak makan makanan yang memudaratkan.
Makanan yang boleh memudaratkan pesakit diabetes termasuklah


  • Daging merah, 
  • Butter 
  • makanan dengan lemak tepu
  • makanan yang diproses yang mengandungi trans fat

🌸Ambil makanan dengan indeks glisemik rendah. Oh apakah itu? Ia adalah makanan yang takkan buat gula naik mendadak dalam darah dan buat kita kenyang lama. Ia mengandungi vitamin, mineral dan fiber seperti roti wholemeal. Hadkan gula dan pemanis kerana ia hanya mempunyai kalori.

🌸Makan makanan yang kaya fiber.
Makanan yang tinggi dengan fiber  memperlahankan proses pelepasan glukos, seperti barli, oat, dan kekacang.

🌸Ambil diet rendah lemak.
Diet tinggi lemak menyumbang kepada obesity, sakit jantung dan sakit buah pinggang. Hadkan pengambilan makanan dengan lemak tepu daripada haiwan dan lemak terhidrogen daripada makanan dalam peket. 

🌸Ambil juga supplemen yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah antaranya

1)Vivix sangat membantu mengawal paras gula dalam darah sekiranya diambil secara berterusan.

2)Ambil juga B Complex kerana ia cepat menukarkan gula kepada tenaga.

3)Energizing Soy Protein merupakan supplemen dengan indeks glisemik rendah yang boleh membekalkan tenaga dengan kalori yang rendah.

4)Zinc Complex membantu penghasilan insulin

5)Alfafa Complex mengandungi mineral kromium yang bekerjasama dengan insulin membantu menstabilkan gula dalam darah

6)GLA Complex membantu menghalang komplikasi diabetes dengan membantu merendahkan gula darah. Ia juga meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

7) Vitamin C pula memgukuhkan kapilari dan salur darah untuk mengurangkan masalah saraf (masalah tak rasa kat kaki, masalah penglihatan kabur)

Tambahkan aktiviti senaman supaya lebih banyak gula dapat masuk sel sebab lebih banyak gula diperlukan untuk beri tenaga pada sel. Takdelah dia berlegar-legar dalam darah tanpa hala tujuan yang boleh sebabkan masalah di atas. (Baca balik kat atas ye)

Oleh itu, jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah mulai sekarang. Elak sakit dulu baru nak jaga. Rajinkan diri mengikut diet di atas dan makan vitamin secara konsisten. Anda pasti teruja dengan keputusannya....

Cepat kawal paras gula darah anda sebelum kaki luka berlubang tanpa disedari sebab dah tak rasa. Bagaimana nak elak? Jom  hubungi saya segera di 0132015399.

Maisarah
SIDPRO 890066
0132015399~>whatsapp

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment