Cara mudah buat facial sendiri di rumah untuk wanita sibuk

Wanita atau suri rumah sudah pasti sibuk daripada buka mata hingga tidur balik pada waktu malamnya. Waktu pejam mata je tak sibuk. Itu pun, ada juga yang merengek perlukan perhatian. Jadi bagaimana ibu ini nak buat facial supaya wajah sentiasa cantik dan ceria? Tak perlu ke salun, buat je facial sendiri di rumah.



Untuk apa buat facial ni?

Eh eh ada yang tanya pula soalan ni. Baiklah. Facial ni dibuat untuk

1)membersihkan muka anda daripada kotoran muka sehingga kotoran dalam lubang pori-pori. Lubang pori ni perlu dijaga. Kadang-kadang ia boleh tersumbat, kemudian boleh jadi jerawat besar dan merah. Kalau nak cegah, kena la buat paling kurang sekali seminggu pun boleh... Buat kat rumah je pun. Ni yang nak bagi resepi ni 😊😊😊

2)Nak buang white head (biji putih) dan black head ( biji hitam).Kalau tak tumbuh jerawat pun, ada biji putih dan biji hitam secara berleluasa. Yang ni buat saya geram nak guna tangan buang satu-satu... Tapi a big no kalau nak guna tangan ye... Muka cepat luka kalau buang begitu saja. Ada stepnya kalau nak buang. Buat facial, anda pasti gembira dengan hasilnya, biji putih dan hitam hilang.... Ringan sikit rasa muka....

3)Nak buang kulit mati. Kulit mati kalau tak dibuang, sudah tentu ia antara kotoran yang akan menyumbat lubang pori anda. Ia juga perlu dibuang supaya sel kulit muka boleh tumbuh dengan baik. Macam pokok juga. Ada daun kering sendiri, lama-lama mati. Tapi masih melekat pada pokok. Kalau tak dibuang jadi susah daun lain nak tumbuh. Kan? Muka pun macam tu juga. Jadi muka akan kelihatan kusam. Buat facial muka membersihkan kulit mati tadi, jadi muka akan kelihatan segar. Memang best.

Apa produk nak guna?
Basic facial yang saya selalu buat guna tiga langkah je. Ringkas. Siapa sahaja boleh buat sendiri di mana-mana pun asalkan bawa barangnya.

1) buka pori, guna scrub
2) cuci, guna cleanser, deep cleanser lagi baik.
3) tutup pori, guna masker dan toner.
4) last sekali, cuci bersih...tadaaa

Alang-alang dah makan Shaklee, buat sendiri facial sangat menjimatkan dan hasilnya sangat best.

Caranya mudah sahaja:

1. Buka liang roma dan buang sel mati menggunakan Alfalfa atau Nutriwhite make up removal. Kalau make up removal tiada, guna je scrub yang ada.

- hancurkan alfalfa untuk jadikan scrub. Scrub satu muka untuk buang sel-sel mati dan buka pori di muka. Make up removal pun bertindak untuk kesan yang sama juga.


2. Buang minyak dan kotoran dengan Nutriwhite deep cleanser atau cleanser yang anda guna.

- dah siap scrub, cuci dengan deep cleanser nutriwhite. Pada masa ini, liang masih terbuka dan bersih.

3. Tutup lubang pori dengan masker collagen.

- Cara bancuh : Collagen powder (1/3 sachet)+toner nutriwhite
- Dengan pantas pakai masker collagen  di muka. Lagi bagus kalau dah buat bancuhan siap-siap.
- Posisi yang betul ketika memakai masker adalah berbaring. Agar muka tidak jatuh.
- Pada waktu ini, kurangkan aktiviti anda.

Oh sebelum mula buat facial, ambil gambar muka dulu ye. Juga ambil fambar close up untuk bandingkan sebelum dan selepas.

Penting rekod ni. Kena buat setiap kali buat facial ye....

Tapi kan... Kalau tak de semua di atas bagaimana? Nanti saya kongsikan dalam entri akan datang yeeee...

Maisarah

Kulit muka lembut gebu dan segar baru lepas buat facial sendiri... Suka hati berapa lama nak tilik muka kat cermin ohhh...


SID pro 890066

Whatsapp 0132015399


#pengedarshakleekantanpermai

#pengedarshakleelrtkerinchi
#pengedarshakleeplazapantai

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.