Siapa orang yang rugi? Paling rugi?

Pernah tak fikir diri kita ni sebenarnya kat mana hari ini?

Kadang tanpa sedar kita sedang hanyut, dan jika tiada siapa yang kejutkan kita, maka berterusanlah kita jadi orang yang rugi sehingga tiba-tiba Allah tarik nyawa. 

Naudzubillahimin zalik.

Jadi pagi ni saya share Sharing points dr tafsir surah al-'Asr yang selalu kita baca;

• Demi masa yg bergerak laju & semakin singkat
• Sesungguhnya semua manusia hanyut & lemas dalam kerugian yg sgt besar
• Kecuali orang-orang yang beriman yakni percaya bahawa mereka sedang dlm keadaan di atas (hanyut & lemas dlm kerugian)
• Lalu mereka berbuat sesuatu (beramal) untuk menyelamatkan diri mereka.
• dan mereka berpesan-pesan kepada orang lain bahawa org lain tu pun sedang alami situasi yang sama (hanyut & lemas dlm kerugian)
• Bukan mudah nak mengingatkan orang, kita akan direject, dikritik, dimarahi, etc. Oleh it bersabar & sama2 mengingati supaya bersabar.

Pengajaran yang boleh diambil;

• Jangan sesekali rasa diri macam bagus sebab Allah cakap semua orang yang lemas dalam kerugian, bukan orang kafir atau orang-orang munafik tapi semua orang.

• Kalau tak nak jadi org yg rugi, kembalilah segera ke jalan Allah  dan ajak org lain untuk kembali sama supaya kita pun tak hanyut & lemas lagi

• Sabar dalam berusaha...

Nak kenal orang yang paling rugi? Video di bawah menceritakan tentang ciri orang yang paling rugi dan apa kesan kepada golongan terebut. Allah dah beritahu dalam Al-Quran.

Adakah kita golongan ini? Naudzubillah. 


Dah tengok video? Kalau anda tergolong dalam golongan ini, cepat-cepat bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Maha Penerima taubat hamba-hambanya.

Moga bermanfaat.

Maisarah
SID sedang muhasabah diri di pagi hari.
0132015399

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment