Recycle bekas dan bahan plastik daripada shaklee

Beli, makan dan habis. Soalan pakai balik @ buang?

Sebenarnya saya sangat pakar bab mengumpul bekas2 shaklee.. Apa taknye.. Lepas dah habis, tutup bekas. Buka kabinet bawah sinki, letak bekas tu kat situ.

Satu hari bukak, waaaaaaaaa... Dah bersusun macam boleh jual balik. Padahal bekas kosong.

Dalam hati dah banyak rupanya aku makan shaklee kuikuikui... Bab makan ni memang terer 😊😊😊

Apa nak buat ngan bekas tu. Haaa actually terinspirasi ngan sid lain yang tanam pokok dalam bekas tu. Cita-cita belum kesampaian lagi. Hahah gelak cover.. Bila nak ke tempat beli tanah dalam plastik tu, En Ewan Ryusuke mesti tanya.. bila nak tanam. Takleh jawab. Terus batal niat nak beli tu.  Heheheh

Riki-riki juga apa yang boleh buat ngan bekas-bekas kosong tu. Antaranya ada yang saya tak terfikir pun nak buat. Mana lagi cek google je. Contoh no #5. Tak payah beli bekas baru. Guna je apa ada. Jimat pun jimat.

1) Buat tabung. Ha yang ni dah biasa. Buat tabung percutian, tabung nak beli mainan anak dan tabung sedekah subuh... Eh apa-apa tabunglah. Bersusun tabung eh..

2)Buat tanam pokok / sayur.. Yang ni pernah nampak ada sid buat tanam pokok letak tanah dalamnya. Yang hidroponik tak pernah lagi nampak.

3)Buat simpan teh & kopi. Kalau teh tu saya setuju sangat. Saya pernah buat simpan kopi. Tapi kopi jadi keras sebab salah mak sendiri tak tutup rapat. Kita dah lah jarang minum kopi. Tengok2 dah jadi ketul kopi..


4)Ada jugak yang buat simpan rempah ratus. Ha yang ni sangat berguna kat dapur saya. Dah banyak-banyak bekas tu, amiklah dua tiga bijik buat letak lada kering dan rempah ratus. Alah rempah empat sekawan tu la.. Saya campur je semua. Sebab bila nak guna untuk masak, bukak satu bekas je.. Senang dan cepat. Kalau nak letak satu-satu.. Satu-satu nak kena bukak... Aiyyoo

5)Buat simpan makanan kucing. Ni sape yang bela kucing la ye, makanan boleh letak dalam penutup bekas untuk dia makan, dah habis makan tutup balik.

6) Buat simpan alatan menjahit..

7) Buat bekas pensel/pensel warna

Cukuplah dulu. Kalau ada yang nak tambah lagi, ssesila tambah kat komen tau...

Bab nak jadi kreatif boleh saja. Cuma, kena fikir dulu sebelum buang. Kalau tak fikir, tak wujudlah kegunaan lain bekas shaklee nii... Kan kan kan..

Safe for us, safe for environment😊

#teamrock
#tsunamishaklee
#liveamazing
#recyclerreuse


sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.