Cara hidup di bawah kemampuan dengan berbelanja secara berhemah

Hidup biar bawah kemampuan.
Bila berbelanja ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau ukur baju dibadan orang lebih kecil lagi bagus. Hal ini logik kan dalam perbelanjaan.
Inilah prinsip berbelanja saya sekeluarga. Cuba mengoptimum perbelanjaan harian sendiri dengan pelbagai kaedah dan cara.

Berbelanja ikut keperluan, bukan kehendak.
Semenjak dua menjak jadi mak, banyak benda bukan lagi dilihat sebagai kehendak. Dulu masa muda ye. Sekarang, nak hidup tenang dengan sihat. Banyaknya beli bila perlu termasuk beli vitamin untuk makan sendiri.

Menabung untuk berbelanja ketika jualan murah.
Daku borong betul2 bila harga murah. Susu sentiasa survey kedai mana paling murah. Kalau ada sale, beli banyak. Banyak huntung dan jimat. Jimat masa, tenaga dan wang.

Main kutu jika perlu
Nak beli barang especially yang mahal, daku main kutu. Cukup masa dapat barang. Yahooooo...

Simpan emas untuk belanja kecemasan
Yang ni daku pun simpan. Duplicate cara aboh ku. Hihihihi. Sape nak tau pm. Tu pasal daku suka educate adik-adik simpanlah walau 1 gram je sebulan. Emas 10 tahun dulu tak sama dah dengan harga sekarang. Purata kenaikan 20-25% setahun. Kalau 10 tahun dah simpan, agakla sendiri berapa kenaikan? Tapi kena ingat guna bila cemas. Bukan untuk tukar beli kehendak. No no no.... Simpan tuk g haji pun boleh tau.. Sebab beza sangat...

Kos menten
Yang ni kena masukkan juga dalam pelan kewangan.
Nak servis kereta - bulanan
Nak bayar cukai - bulanan
Nak bersara - kwsp dah ada. Tapi daku nak usahakan juga cara lain.. Ni yang tengah bangunkan sekarang ni.. Side income...

Papehal pun buat bajeting bulan2 tau.. Masukkan semua kat atas tu dalam excel. Takde lah belanja ke laut je... Nak senang guna je sistem sampul kan..
Sape kat sini guna sistem sampul.. Angkat tangan sikit nak tengok..😁😁😁😁

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment