Rumah idaman Kalbu saya

Tengahari begini sebelum nak tidur sekejap tu lah.. Meh nak kongsi cerita sikit. Moga-moga melekat dalam kepala, masuk bawah minda separa sedar, maka berlakulah tindakan yang akan mendekatkan impiannn qolbu ini...
Tengok ni.. sanggup berhenti tepi jalan nak ambil gambar Rumah IDAMAN Qolbu. Ya Allah moga rumah ini jadi milikku satu hari nanti!! Hihihi Berangan. Berangan.


Asal lalu je tepi rumah ni, anak-anak akan menjerit 'rumah mama! rumah mama!'
Hahah anak-anak dah di'install" dengan software rumah mama banglo besar dua tingkat di situ... Memang terletak di laluan harian saya.. Asal lalu. Mesti tengok..
Apa yang best rumah ni.. rumah banglo ok. Dua tingkat. Ada 4+1 bilik tidur, ada bathtub. Ruang tamu besar, dapur luas dan yang paling penting banyak ruang dan kawasan rumah yang luas untuk BERCUCUK TANAM... Saya ni gadis kampung masuk bandar. Sukanya kalau keliling rumah ada hasil tanam cucuk siram tumbuh yang saya usahakan. Insha Allah.
Saya memang tak pernah masuk dalam lagi.. tapi tengok gambar masya Allah rumah yang begini sungguh jadi idaman setiap insan macam saya.
Lokasi sangatlah strategik, dekat dengan sekolah, dekat dengan Giant dan Tesco, paling penting dekat dengan surau... Ada tiga surau semuanya.. Huhu pilih je mana satu nak pergi..
Daripada mata turun ke hati. Daripada hati, sungguh-sungguh bertindak nak dapatkan rumah idaman.Rumah ni dah dekat di hati sejak ia siap. Maka, kenala buat financial planning daripada sekarang kan?
Doakan saya ye sahabat-sahabat.. moga rumah idaman qalbu jadi milik saya satu hari nanti.
Okeylah.. Nak bermimpi di siang malam.. Tak adil kalau mimpi siang atau malam je.. Mesti gigih tau..
-Ratu Mimpi Siang Malam-😉

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment