Menabung guna 7 Jars System lebih efektif?

Hari ni KakSar nak kongsikan tips urus kewangan yang lebih efektif.
Mulai tahun ni, bulan ni.. Kak sar nak guna cara ni...KakSar sebelum ni guna teknik sampul je ikut bulan...
Tapi kali ni konsep sama, tapi lebih menyeluruh. Sampai tabung nak gi jalan2 kali ni kakSar nak buat lebih hebat lagi...



Apa 7 jars ni?
7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.

Dlm 6 jars, ada 6 tabung,
  • NEC (necessity) - tabung utk benda2 keperluan dan belanja harian, bil, anak2
  • EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku, kelas...
  • LTSS (long term saving for spending) - tabung utk sesuatu benda yg nk pakai duit yg byk, cthnya nk beli rumah
  • FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah tak mampu cari duit.
  • PLAY (leisure) - tabung untuk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc
  • GIVE (charity) - tabung utk kebajikan

Dan nak jadikan ia lebih lengkap, satu jar lagi ditambah...
  • PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, kita gunakan duit tersebut utk urusan2 mereka yang belum selesai dan kalau semua dah selesai, bersedekahlah untuk mereka.

So macamana KakSar mula buat 7 jars ni?

Setiap bulan apa2 sahaja duit seperti duit gaji atau duit bonus kita bahagikan ikut percentage,
  1. NEC 50%
  2. EDU 5%
  3. LTSS 10%
  4. FFA 5%
  5. PLAY 10%
  6. GIVE 10%
  7. PARENTS 10%

Contoh kalau gaji RM10,000,
RM5000 utk NEC, keperluan harian
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
RM500 utk FFA, ni long term jadi boleh lah beli saham ke emas ke,
RM1000 utk PLAY, tabung travel, kali ni nak gi lagi jauhh...
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 untuk ibu bapa

Percentage boleh berubah ikut situasi masing-masing tapi mesti strict tiap-tiap bulan duit mesti pergi ke tempat2 tu. Masuk tabung tutup terus..... Takmo korek2 tau....

Walaupun gaji kecik baru RM1000 pun kena buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan.

Lebih bagus untuk semua jika boleh buat tabung2 ni mulai HARI NI..So jom sama2 menabung guna sistem ni. Sikit2 lama2 jadi bukit....

Hopefully kakSar berdisiplin masukkan ikut percent. Kena lebih makan omega guard nih kalo nak tingkatkn disiplin..

😍😍😍😍😍

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment