Petua demam panas untuk jaga suhu demam kanak-kanak ketika termometer hilang atau rosak

Anak demam suhu tinggi tapi thermometer rosak atau hilang?

Satu keadaan genting bila anak demam.. lagi-lagi suhu tinggi.. tapi tak tahu nak jaga suhu demam kanak-kanak ketika termometer hilang atau rosak.


Selalu kita simpan thermometer kat tempat tinggi-tinggi.. tak mahu anak main. Sekali, waktu yang diperlukan ketika anak demam, rosak pula.. habis battery atau hilang.
Jadi apa nak buat ketika ini?
Ni tips saya pelajari daripada mak saya. Pantau suhu anak dengan mengesan suhu tangan dan kaki anak.
Badan anak memang panas. Toksah cakap. Cuma nak tahu panas dia tinggi sangat atau tidak waktu-waktu takde thermometer.. orang kata waktu kena jaga-jaga…
Tips anak demam suhu tinggi

Badan panas, kepala panas.. Kita pun tak leh nak beza suhu tinggi ke tidak. Tapi cuba rasa tangan atau kaki. Jika sejuk, tu tanda suhu memang tinggi dan anak tidak boleh dibiarkan. Langkah pertama, terus letak kain basah di belakang badan.. pastikan air suam supaya badan tak terkejut. Basahkan juga kepala anak dengan air suam tadi tu untuk turunkan suhu.
Dari masa ke semasa cek suhu kaki dan tangan. Jika makin suam, itu petanda baik. Pantau lagi sehingga suhu tangan dan kaki sama panas dengan badan (Tak sejuk).

Pengalaman sendiri

Anak saya yang no 2 baru minggu lepas demam. Suhu makin tinggi. Ubat pula ada sikit je. Saya bagi sekali je.
Dah malam sangat. Menjelang tengah malam badan memang makin panas, bila cek tangan kaki memang sejuk macam duduk dalam bilik air cond. Dia cakap memang sejuk sampai kena selimut tebal.
Kemudian, saya beri dia minum air nutriferon satu sachet, makan omega dan sapu herbal blend banyak kali kat kepala, dahi dan badan sepanjang malam.
Sikit-sikit sapu herbal blend rata-rata. Memang saya pantau suhu tangan dan kaki. Beransur suam. Saya juga buat skin to skin (peluk anak) nak percepatkan demam kebah.
Kira-kira sekitar jam 4 pagi, dah berpeluh-peluh… lencun… Alhamdulillah. Badan dah sejuk. Saya tinggalkan dia tidur dengan lena.
Saya pun tarik selimut. Esok pagi nak kene pergi kerja. Alhamdulillah. Lega.
Maisarah Mohamad
Stok guna sendiri nutriferon, omega dan herbal blend memang daku standby je.. Risau kalau anak demam berpanjangan. Tapi adanya bantuan mereka ni, cepat kebah anakku.. Alhamdulillah

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.