Tip menghadapi musim tengkujuh untuk mereka yang berisiko banjir

Tip menghadapi musim tengkujuh sebagai langkah persediaan awal.
Asal musim tengkujuh mesti ada banjir. Tidak boleh kata tidak. Tiap-tiap tahun pasti ada. Sebagai langkah bersedia, boleh ambil banyak langkah awal untuk tambah baik persediaan banjir setiap tahun.
Nak pindah, ada yang tak mampu. Lagipun, mungkin dah tanah itu je yang ada.. Moh kita bersedia lebih awal menghadapi musim tengkujuh.
Kalau kita perhati, masalah sama je tiap tahun seperti
  • Bekalan elektrik terputus
  • Bekalan air bersih terputus
  • Bekalan makanan lambat sampai ke pusat pemindahan sebab kekangan lalulintas.. banjir kan..
  • Bekalan pakaian dan alas tidur tidak mencukupi
  • Bot penyelamat lambat sampai
  • Pusat pemindahan full house
Sumber gambar hiasan news.liputan6.com


Bagi memastikan keluarga kita berada dalam keadaan bersedia, moh le kita tengok apa yang boleh kita lakukan bagi menghadapi musim tengkujuh sekiranya berlaku banjir.. Kita mohon jangan le berlaku.. tapi kalau dah tiap2 tahun berlaku, kena la buat sesuatu ye dak?
Tip menghadapi musim tengkujuh untuk mereka yang berisiko banjir
1) Tukar wiper kereta anda kalau dah tak nampak jalan semasa hujan.. masa musim tengkujuh, harga wiper lebih mahal.. silap hari bulan, datang kedai out of stock...

Beli yang melekat kat kepala pun ok sebab tangan nak pegang barang, anak dan bini... terang tau lampu led nii

2)Beli lampu suluh yang batery tahan lama atau beli lilin banyak-banyak
Sekiranya air dah naik ke paras berbahaya, pihak TNB kena potong bekalan elektrik untuk elak arus mengalir melalui air banjir. Sediakan lilin sebagai ganti kepada lampu selepas bekalan elektrik diputuskan. Kalau boleh beli lampu suluh dengan batery banyak2 lagi bagus.

3)Buat stok bekalan makanan
Siapkan terus stok makanan seperti beras, gula, minyak masak, makanan dalam tin dan makanan segera yang boleh di simpan lama supaya bila berlaku banjir, keluarga kita dah ada makanan sendiri.

4)Sediakan stok air bersih, vitamin dan ubat
Stok makanan dah tersedia, air bersih pun kita kena sedia juga.. air bersih waktu banjir sangat terhad. bila dah sedia siap2, boleh elak keluarga kekurangan air yang boleh melemahkan imun..Masa ni juga boleh siap2 sediakan vitamin-vitamin untuk jaga imun dan ubatan serta sanitizer dalam beg kecil untuk satu keluarga jika berlaku banjir.. masa banjir ramai orang sakit bila dah duduk ramai-ramai, kalau tak jaga boleh berjangkit..


5)Pastikan kereta boleh lalu banjir
Kereta pun kita kena sediakan waktu-waktu nak banjir ni.. supaya air mula naik, boleh terus start kereta dan jalan walaupun air dah mula naik. Boleh dah start fikir kereta yang tahan lasak kalau asyik setiap tahun kawasan rumah asyik banjir je...

6)kenalpasti jalan alternatif
Boleh dah siap2 kenalpasti jalan kecemasan yang boleh dilalui dengan selamat walaupun air dah mula naik.. bukan kita sorang je yang nak keluar daripada kawasan tu ... sekurang-kurangnya boleh elak jalan sesak dan kita boleh keluar dengan lebih cepat..
7)Komunikasi
Bila banjir, handphone pun lama2 habis batery dan tak dapat digunakan. nak bersedia, beli walkie-talkie yang tak perlu lesen yang harga murah-murah untuk memudahkan komunikasi ketika banjir. Tak pun, sediakan telefon biasa yang baterinya tahan lama dan power bank yang dah penuh kapasitinya. Sekurang-kurangnya boleh call dan sms pihak bantuan luar sekiranya tidak boleh bergerak untuk memberitahu lokasi.
8)Khemah atau paling kurang sleeping bag
Sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, di pusat pemindahan, kemudahan yang ada cuma asas. Ada sebuah khemah cukup bagus untuk jaga aurat keluarga. Beli yang murah pun ada bawah seratus. Kalau masih bujang, sediakan sleeping bag sendiri untuk alas tidur. Beli awal-awal time gaji untuk bersedia..
)Pakaian
Ikut pengalaman, menurut cerita dari orang yang terlibat dengan banjir, air naik dengan laju dan memang tak sempat untuk ambil dokumen penting dan pakaian sebelum ke pusat pemindahan. Jadi, masukkan siap-siap pakaian cukup untuk seminggu atau 2 minggu, serta dokumen penting dan keperluan penting lain. Sampai masa ambil je packing tu, tak perlu nak cari atau kemas-kemas lagi. Simpan dokumen penting dalam bekas kalis air, sekiranya perlu, simpan dulu di tempat lain yang lebih selamat dan tidak berisiko banjir.
Haaa itu dia 9 tip mneghadapi musim tengkujuh untuk mereka yang berisiko banjir... sekadar persiapan untuk memudahkan keluarga sekiranya terpaksa menghadapi banjir...
Kami yang di sebelah barat, mendoakan agar urusan korang dipermudahkan dengan tips persiapan ini...

Maisarah Mohamad
Hmm sini pun hujan juga.. asal petang hujan.. alhamdulillah.. boleh doa banyak2..

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment